Tentang

ATIYYA AZMAN
Your Packaging Designer

Atiyya bermula dalam bidang desain pada tahun 2008. Beliau merupakan graduan Master in Management, Kusuma Negara dan Ijazah Sarjana Muda Perumahan, Bangunan dan Perancangan (Senibina), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Figura utama yang selalu menjadi bahan lukisannya sejak kecil adalah Son Goku daripada komik Dragon Ball.

Atiyya sangat suka akan desain pembungkusan yang tidak normal, dalam erti kata lain desain yang lari daripada kebiasaan. Visinya adalah untuk memberi inspirasi dan mendidik para usahawan IKS/ Small Medium Enterprise tentang kepentingan desain pembungkusan yang bertaraf antarabangsa.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, marilah berhubung sambil menghirup kopi.